LATAR BELAKANG

DAERAH PUTATAN


LATAR BELAKANG

Putatan merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Selatan Negeri Sabah bersempadan dengan Bandaraya Kota Kinabalu, Papar dan Penampang. Pembangunan pesat Kota Kinabalu telah mempengaruhi pembangunan sekitarnya terutamanya korido utara dan selatan. Kesan daripada itu, Putatan mengalami transformasi pembangunan fizikal yang amat ketara bersesuaian dengan status Putatan yang telah dinaikkan taraf sebagai daerah penuh pada 01 Mac 2007.

Daerah Putatan mempunyai 3 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Adun N17 Tanjung Aru, N18 Petagas dan N24 Tanjung Keramat. Sebagai sebuah daerah yang berhampiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang dan Papar limpahan pembangunan berhampiran telah membantu kepesatan pembangunan. Impak pembanguanan dan prasarana yang pesat ini juga adalah hasil daripada inisiatif dan komitmen semua pihak yang ingin melihat daerah Putatan bergerak maju. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kewujudan bangunan-bangunan kedai, perbankan, pasaraya dan pembinaan sektor perindustrian kecil dan pembinaan taman-taman perumahan berlaku dengan rancaknya yang mana teleh menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk tempatan dari segi peluang-peluang pekerjaan.

Putatan yang mempunyai potensi besar untuk pintu masuk ke Bandaraya dan membangun dilihat dari kedudukannya yang strategik yang menjadi laluan ke pedalaman Sabah, Tawau, Brunei Darulsalam, W.P Labuan dan Sarawak serta bersempadan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Justeru itu, masyarakat yang bermastautin di daerah ini telah mengalami arus pembangunan yang pesat dan merasa bangga dengan usaha kerajaan untuk melihat lebih banyak pembangunan dibina di daerah ini, sejajar dengan cita-cita dan wawasan Putatan untuk mencapai Status Daerah Membangun dalam konsep Desa Politan menjelang tahun 2025.

Putatan mendapat status sebagai sebuah daerah penuh pada 01 Mac 2007 melalui warta kerajaan tambahan kedua jilid ixii bertarikh 30 Ogos 2007 setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran daerah Penampang. Pada tanggal 30 April 2011 Putatan secara rasminya diisytiharkan sebagai sebuah daerah penuh dan berstatus bandar serta perasmiannya disempurnakan oleh YAB Datu Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah. Pentadbiran daerah Putatan beroperasi melalui bangunan urusetia kecil yang siap dibina dan diduduki pada bual Ferbuari 2002 dan terletak di Pasir Putih Putatan, 1 KM dari Pekan Putatan.

Sebelum mencapai status daerah penuh, Putatan diberi status daerah Kecil gred V dan berstatus Pekan dalam Daerah Penampang melalui warta Kerajaan Negeri Sabah yang berkuatkuasa pada 1hb Januari 1997. Pada 18 Mac 1997, Putatan secara rasminya diisytiharkan sebagai sebuah Daerah Kecil dan upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah ke-9, Datuk Yong Teck Lee bertempat di Ruang Legar Putatan Court Fasa II, Putatan.

Untuk rekod sejarah, sempadan daerah Putatan telah melalui pengezatan apabila beberapa pemimpin dari daerah Penampang melalui Jawatankuasa Bertindak Persempadanan Daerah Penampangdan Putatan membantah persempadanan daerah pertama. Seluas 10 km persegi kawasan yang mengandungi 9 buah kampung dari daerah Putatan.

Pada bulan Ogos, Majlis Daerah Putatan telah ditubuhkan dan pengujudan PBT ini telah melengkapkan proses penubuhan Putatan sebagai sebuah daerah dalam tempoh sepuluh tahun setelah dipisahkan dari daerah Penampang.

footer.html