MAJLIS DAERAH PUTATAN MAJLIS DAERAH PUTATAN




PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH PUTATAN



KAMI AKAN MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT DIPATUHI DAN DILAKSANAKAN DENGAN CEPAT, TELUS DAN BERKESAN:-

1. PIAGAM PELANGGAN : Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila aduan dibuat tentang perkhidmatan kami.
KAEDAH PENGUKURAN : Menyelesaikan 85% aduan pelanggan yang diterima setiap tahun.

2. PIAGAM PELANGGAN : Memproses aduan/maklumbalas pelanggan.
KAEDAH PENGUKURAN : Menyelesaikan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.

3. PIAGAM PELANGGAN : Menjamin untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kawasan Majlis Daerah Putatan.
KAEDAH PENGUKURAN : a) Memastikan 100% projek yang diluluskan dilaksanakan.
b) Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan disediakan laporan dalam tempoh 14 hari bekerja untuk tindakan susulan.

4. PIAGAM PELANGGAN : Memastikan semua aktiviti pembangunan adalah terkawal dan mengikut perancangan yang digariskan.
KAEDAH PENGUKURAN : Memastikan sekurang-kurangnya 80% dari pelan-pelan pembangunan diluluskan mengikut perancangan dan juga memenuhi keperluan pembangunan.

5. PIAGAM PELANGGAN : Menguruskan kewangan dengan telus, cekap dan amanah.
KAEDAH PENGUKURAN : Memastikan pembayaran dibuat dalam masa 14 hari waktu bekerja dan bergantung kepada kedudukan kewangan Majlis.

6. PIAGAM PELANGGAN : Memastikan kutipan sampah dan kebersihan dilaksanakan mengikut jadual.
KAEDAH PENGUKURAN : Memastikan 85% aduan awam berkenaan perkhidmatan perbandaran dapat diselesaikan setiap tahun.

7. PIAGAM PELANGGAN : Menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan saksama.
KAEDAH PENGUKURAN : Menjalankan sekurang-kurangnya 85% dari perancangan yang ditetapkan bagi penguatkuasaan ke atas pelanggaran undang-undang bagi mengurangkan rungutan masyarakat tempatan mengenai kegiatan pembangunan, perniagaan dan kesihatan di luar peraturan.

8. PIAGAM PELANGGAN : Memastikan harta-harta dinilai dengan cekap dan berkesan.
KAEDAH PENGUKURAN : Menjalankan tunggakan sekurang-kurangnya 70% daripada anggaran tunggakan cukai taksiran am.