KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN

PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF MDPTN


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Majlis Daerah Putatan (MDPTN). Sebagai Pegawai Eksekutif MDPTN, saya amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda sekalian ke Portal Rasmi MDPTN. Sesungguhnya kesudian anda melayari portal ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap segala maklumat yang disajikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Adalah diharapkan melalui portal ini, orang ramai akan lebih dekat dan mesra dengan MDPTN.

MDPTN sentiasa memikirkan strategi dan inisiatif untuk mendekatkan orang awam dengan MDPTN. Segala usaha yang berkaitan akan cuba diimplementasi agar suara anda didengar terus ke peringkat pengurusan. Berikan sokongan anda kepada MDPTN dengan mengemukakan sebarang cadangan, aduan, penambahbaikan melalui pelbagai saluran yang telah disediakan.

Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan kami bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk mempastikan daerah Putatan yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman damai dan terus meningkat maju.

Sekian, terima kasih.

"SABAH MAJU JAYA"

Ikhlas daripada,
Ahmad Helmy Bin Mohd Taib
Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Putatan