Galari Photo Mdptn
2026-05-20
Program Rakan Lestari MDPTN Peringkat Daerah Putatan Tahun 2026 telah berjaya dianjurkan pada 20 Mei 2026 (Rabu) bertempat di Taman Permainan, Teluk Villa Putatan dengan tema “Ke Arah Komuniti Hijau dan Lestari” serta slogan “Jom Hijaukan Putatan Bersama”.
Program anjuran Majlis Daerah Putatan ini mendapat penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT), JKDB Pekan Putatan, agensi kerajaan, NGO serta komuniti setempat dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan amalan hidup lestari.
Majlis turut diserikan dengan sesi taklimat bertajuk “Less Plastic Is Fantastic” dan “Vandalisme” yang memberi pendedahan serta pendidikan kepada para peserta mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan keharmonian persekitaran.
Yang Berbahagia Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar, Chief Executive Officer Sabah Electricity (SE), yang sepatutnya hadir ke program ini tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah diwakili oleh Puan Junainah Binti Abbie, Chief Corporate Services Officer selaku Wakil Pegawai Tertinggi pihak Sabah Electricity (SE).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Masawi Bin Haji Salleh, Pegawai Daerah Putatan merangkap Pengerusi Majlis Daerah Putatan.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, peserta dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
2026-05-14
PROGRAM KEMPEN MEMBASMI INFESTASI TIKUS DAERAH PUTATAN TAHUN 2026 🐀✨
📅 Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 8.30 Pagi
📍 Tempat : Lot Parking Pasar Taman Jumbo Putatan
Majlis Daerah Putatan (MDPTN) telah menganjurkan Program Kempen Membasmi Infestasi Tikus Daerah Putatan Tahun 2026 sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan persekitaran dan pencegahan penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis serta Hantavirus.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Pn. Mary Binti Tolong Wong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengindahan dan Kebersihan Daerah Putatan merangkap Ahli Majlis Daerah Putatan.
Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, NGO, komuniti setempat dan para peniaga sekitar daerah Putatan melalui aktiviti ceramah kesihatan, gotong-royong serta langkah kawalan infestasi tikus di kawasan tumpuan awam.
Majlis Daerah Putatan menyeru seluruh masyarakat putatan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan masing-masing dengan memastikan sisa makanan dibuang dengan sempurna, tong sampah sentiasa bertutup dan kawasan persekitaran dibersihkan secara berkala demi kesejahteraan bersama.
2026-05-08
Kebersihan tanggungjawab bersama! Majlis Daerah Putatan telah berjaya melaksanakan Kempen Lalat pada 8 Mei 2026 di Pasar Awam Putatan bagi memperkasakan tahap kesihatan awam.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Masawi Bin Haji Salleh, Pegawai Daerah Putatan merangkap Pengerusi Majlis Daerah Putatan. Beliau menyeru sinergi antara peniaga dan pengunjung dalam membasmi pembiakan lalat demi kesejahteraan komuniti.
Acara turut dimeriahkan dengan Pertandingan Inovasi Cipta Perangkap Lalat yang mempamerkan pelbagai solusi kreatif dan mesra alam daripada para peserta. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan daya usaha luar biasa! 🏆💡
Penghargaan juga buat penceramah dari Pejabat Kesihatan Putatan atas perkongsian ilmu kawalan vektor yang sangat bermanfaat. 🩺✨
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ayuh kita kekalkan Putatan yang bersih, sihat, dan ceria! 🤝
2026-05-07
Program Jelajah Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ke Majlis Daerah Putatan telah berlangsung dengan jayanya pada 6 April 2026 bertempat di Tapak Projek Pejabat Baharu Majlis Daerah Putatan dan Bilik Mesyuarat MDPTN.
Program ini dihadiri oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Turut hadir ialah:
• YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Ahli Parlimen P.173 Putatan
• YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Awang Sahari, ADUN N.23 Petagas
• YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, ADUN N.24 Tanjung Keramat
• YBhg. Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri 1
• YBhg. Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri 2
• YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP)
Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan negeri dan daerah, termasuk pegawai kanan kementerian, pegawai kanan Majlis Daerah Putatan serta Ahli-Ahli Majlis.
Program ini bertujuan meninjau perkembangan projek pejabat baharu Majlis Daerah Putatan serta mendengar taklimat berkaitan sistem tadbir urus majlis. Program turut diisi dengan sesi taklimat ringkas, ucapan khas YB Menteri serta jamuan Hari Raya bersama para jemputan.
Program ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuhkan kerjasama antara kementerian dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pembangunan daerah Putatan terus diperkasakan demi kesejahteraan masyarakat.
2025-07-14
Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap peraturan penjawat awam serta sistem tadbir urus yang berintegriti, selaras dengan aspirasi Majlis ke arah perkhidmatan yang cemerlang.
✨ Terima kasih dan penghargaan kepada para penceramah:
• Pn. Suzannah Masintag
• Pn. Faridah Giau
• En. Faezun Bin Jaafar
2025-06-17
Majlis Daerah Putatan menyambut baik lawatan promosi Borneo Flora Festival @ Labuan 2025 oleh Perbadanan Labuan. Kami komited menyokong usaha ini dan berbesar hati untuk turut serta memeriahkan festival di Labuan pada Julai nanti! 🌺🌿
2025-05-19
Pihak Majlis Daerah Putatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Keningau atas kesudian mengadakan lawatan sambil belajar ke jabatan kami.
Kami berasa amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap sesi perkongsian serta lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek pertukaran ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan serta operasi harian.
Semoga jalinan kerjasama antara kedua-dua jabatan ini dapat diteruskan dan diperkukuh pada masa akan datang demi kecemerlangan bersama.
Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan yang penuh bermakna ini.
2025-05-13
Majlis Daerah Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja yang telah menghadiri kedua-dua sesi (pagi dan petang) Program Pemantapan Integriti Ke Arah Perkhidmatan Berkualiti hari ini.
Komitmen anda mencerminkan semangat tinggi dalam memperkukuh integriti dan mempertingkat mutu perkhidmatan awam. Semoga segala input yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian demi kecemerlangan organisasi.
2025-05-11
⚽ PERTANDINGAN LIGA SYMA 2025
Perlawanan antara Majlis Daerah Putatan (MDPTN) menentang Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun berlangsung pada:
📅 11 Mei 2025 (Ahad)
🕓 Jam 4.00 petang
📍 Padang Sri Borneo, Putatan
Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan. Tahniah kepada kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan yang tinggi! 💪
2025-05-07
Majlis Daerah Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, atas kesudian merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis bagi sesi 2025–2027 yang telah berlangsung di Grand Ballroom, The Pacific Sutera Hotel.
Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah:
🔹 YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya – Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah / Ahli Parlimen Putatan / ADUN Tanjung Keramat
🔹 YB Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Ag. Sahari – ADUN Petagas / Pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd
🔹 Tpr. Stanley Chong – Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
🔹 YBhg. Masawi bin Haji Salleh – Pengerusi Majlis Daerah Putatan
🔹 YBrs. Ahmad Helmy bin Mohd Taib – Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 18 Ahli Majlis yang telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, sentiasa turun padang secara proaktif dan peka terhadap keperluan masyarakat di daerah Putatan.
2025-04-24
Majlis Daerah Putatan dengan sukacitanya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya.
📅 24 April 2025 (Khamis)
🕙 10.00 pagi – 2.00 petang
📍 Dewan Sri Putatan
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat:
👤 YB Datuk Ir. Haji Shahelmey Yahya
Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat
👤 YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Awang Sahari
Ahli Dewan Undangan Negeri N.23 Petagas
👥 Wakil Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan majlis
Suasana penuh kemeriahan, juadah enak, dan senyuman mesra menambah seri sambutan Syawal kali ini. ✨
Tahniah juga kepada para pemenang Pertandingan Booth Gerai Raya MDPtN 2025! 🎉
🥇 Tempat Pertama: Bahagian Kewangan
🥈 Tempat Kedua: Bahagian Pembangunan
🥉 Tempat Ketiga: Bahagian Kesihatan
Semoga Syawal ini terus menjadi medan mengeratkan silaturahim dan menyemai kasih sayang sesama kita. 🌟💛
2025-01-10
Majlis Apresiasi Anugerah Kecemerlangan Kakitangan Majlis Daerah Putatan bagi tahun 2023-2024 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 10 Januari 2025 di Dewan Sri Putatan, Putatan.
Kami amat berterima kasih kepada YB Datuk Isnin Bin Aliasnih @ Liansnih (Pembantu Menteri 1, Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan) kerana sudi menyempurnakan majlis ini.
Dengan tema "Black and Gold Glamorous", majlis ini bertujuan untuk menghargai usaha dan pencapaian luar biasa kakitangan kami yang telah menunjukkan komitmen cemerlang sepanjang tahun.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga semangat kecemerlangan terus menjadi budaya kerja kita semua!
2024-11-30
“𝑷𝙧𝒐𝙜𝒓𝙖𝒎 𝑲𝙤𝒎𝙪𝒏𝙞𝒕𝙞 𝙃𝒊𝙟𝒂𝙪: Rakan Lestari Daerah Putatan 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 30 November 2024 di Taman Teluk Villa, Putatan. Turut Hadir Tuan Masawi bin Haji Salleh-Pegawai Daerah Putatan, Tuan Ahmad Helmy Bin Mohd Taib-Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Tuan Ahmad Mahmood-Pengerusi JKDB Pekan Putatan/Jawatankuasa Pemulihan Dadah/AADK Daerah Putatan, Tuan Malai Mansor Malai Kassim-Pengerusi Rukun Tetangga KRT Taman Teluk Villa dan terima kasih juga kepada semua peserta dan sukarelawan yang hadir menyokong aktiviti Kempen Penanaman Pokok dan Gotong-Royong. Komitmen anda semua mencerminkan semangat cintakan alam sekitar dan kebersamaan komuniti.
Mari kita teruskan usaha menjaga Alam sekitar demi generasi akan datang. Jumpa lagi dalam program seterusnya! 🌱”
𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑎𝑛𝑗𝑢𝑟𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑟𝑎𝑗𝑎𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡𝑎𝑛 & 𝑃𝑒𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ𝑎𝑛, 𝑀𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑃𝑢𝑡𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑙𝑎𝑏 𝐾𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑆𝑢𝑘𝑎𝑛 & 𝑅𝑒𝑘𝑟𝑒𝑎𝑠𝑖 𝑀𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑃𝑢𝑡𝑎𝑡𝑎𝑛
2024-11-20
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama Majlis Daerah Putatan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Tatatertib) dengan jayanya pada 19-20 November 2024 di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu.
Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Syukri bin Jali, Setiausaha Rendah (Operasi), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas komitmen serta usaha menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab!
2024-11-17
Pertandingan Boling Piala Pegawai Eksekutif 2024 anjuran Bahagian Kewangan Majlis Daerah Putatan yang berlangsung pada 17 November 2024 di KK Galaxy Bowl, Center Point, Kota Kinabalu telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Helmy Bin Mohd Taib, Pegawai Eksekutif MDPTN, dan menyaksikan persaingan sengit serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan acara ini, menjadikannya satu kenangan manis buat semua yang hadir!
2024-11-08
6-8 November 2024 | Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Penguat Kuasa Pihak Berkuasa Tempatan Sabah Tahun 2024 Anjuran Bersama Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) dan Majlis Daerah Putatan
Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, JP, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Tema tahun ini menekankan pada "Transformasi Penguat Kuasa PBT Sabah: Berintegriti, Telus dan Prihatin ke Arah Mensejahterakan Rakyat". Semoga penguatkuasaan PBT Sabah terus maju dan memberikan impak positif kepada rakyat.
2024-10-20
Tahniah kepada Majlis Perbandaran Tawau atas kemenangan dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah 2024!
Satu perlawanan yang sengit dan penuh aksi di Padang Bola ILTP, JPSM Papar. Syabas juga buat Team Bola SepaK Majlis Daerah Putatan yang memberikan tentangan hebat. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir memeriahkan suasana.
2024-10-04
04 Oktober 2024 | Majlis Perasmian Perhimpunan & Perarakan Sempena Sambutan MAULIDUR RASUL SAW Peringkat Daerah Putatan, Tahun 1446H/2024M.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
2024-09-28
Program Pembersihan Mega Seluruh Negara sempena World Cleanup Day 2024 peringkat Daerah Putatan & Majlis Daerah Putatan.
28 September 2024,
Sekitar Pasir Putih Putatan
2024-07-25
25 JULAI 2024 | Program Sentuhan Kasih Negeri Sabah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sempena Tinjauan Mesra "WALKABOUT" Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai Putatan & Penyerahan Tamu Putatan Oleh YB Tuan Nga Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Hadir bersama YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah) dan YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya (Timbalan Ketua Menteri III Merangkap Ahli Parlimen P.173 Putatan).
2024-07-03
03 JULAI 2024 | FORUM PERANGI RASUAH
SEMPENA PELAKSANAAN PROGRAM MINGGU INTEGRITI KEMENTERIAN (MIK) BAGI TAHUN 2024 BERTEMPAT DI TANJUNG ROOM @ SHANGRI-LA TANJUNG ARU RESORT
BERTEMA : "INTEGRITI CERMINAN SAHSIAH TERPUJI"
2024-06-28
28 JUN 2024 | PEJABAT MAJLIS DAERAH PUTATAN
Pelaksanaan Inisiatif Pengukuhan Tadbir Urus Melalui Pemeriksaan Integriti Dan Perundingan Sempena Minggu Integriti Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Tahun 2024
2024-06-19
19 Jun 2024: Majlis Daerah Putatan telah melaksanakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bertempat di Perkarangan Dewan Sri Putatan, Daerah Putatan. Majlis tersebut telah bermula pada jam 7.30 pagi sehingga selesai.
2024-06-14
📅 14 Jun 2024
📍 [MDPTN]
Kempen Membasmi Infestasi Tikus anjuran [MDPTN] telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2024 dengan penyertaan aktif daripada komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan tindakan proaktif dalam menangani masalah infestasi tikus yang boleh membawa pelbagai risiko kesihatan dan kerosakan harta benda.
2024-06-14
Sempena Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2024 di Kawasan Majlis Daerah Putatan (MDPTN) dengan Kerjasama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Pasar Awam Sementara Putatan.
2024-06-12
Majlis Daerah Putatan (MDPTN) telah menganjurkan Program Gotong Royong Kempen Membasmi Infestasi Tikus kawasan pasar awam Majlis Daerah Putatan sempena kempen kesihatan persekitaran tahun 2024 di kawasan Majlis Daerah Putatan (MDPTN) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
2024-06-11
11 JUN 2024 | DEWAN SRI PUTATAN
Pada 11 Jun 2024 telah berlangsung perlawanan sukan badminton antara kakitangan Majlis Daerah Putatan anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Putatan.
2024-05-03
2 Mei 2024 - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan tahun 2024 peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan di Lobby Wisma Innoprise dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam selaku Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.
2023-01-09
2022-05-23
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
2022-01-21
2021-11-30


