KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN




PUNCA KUASA / UNDANG- UNDANG MAJLIS DAERAH PUTATAN


Majlis Daerah Putatan (MDPTN) menjalankan tanggungjawab dan fungsinya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Segala perancangan, pelaksanaan dasar, penguatkuasaan dan operasi harian Majlis berpandukan kepada punca kuasa serta undang-undang yang sah.

PUNCA KUASA MAJLIS DAERAH PUTATAN

-ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961
Merupakan perundangan induk yang memberi kuasa kepada penubuhan dan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah termasuk Majlis Daerah Putatan.

-ARAHAN KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 1961 (FINANCIAL INSTRUCTIONS)
Panduan dan peraturan berkaitan tatacara pengurusan kewangan, perbelanjaan, dan kutipan hasil oleh Majlis.

SURATCARA MAJLIS DAERAH (INSTRUMENT)
Dokumen rasmi berkaitan struktur penubuhan Majlis, bidang kuasa dan peranan pentadbiran.

-PERINTAH TETAP (STANDING ORDERS)
Garis panduan tetap yang mengawal selia tatacara mesyuarat, keputusan dan urusan rasmi Majlis.

-ORDINAN HIBURAN AWAM 1985
Undang-undang berkaitan pengawalseliaan hiburan awam, persembahan, dan aktiviti berkaitan dalam kawasan Majlis.

-PEKELILING
Arahan atau garis panduan tambahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh agensi berwibawa untuk dipatuhi oleh pihak Majlis.



UNDANG-UNDANG KECIL (BY-LAWS) MAJLIS DAERAH PUTATAN
Sebagai pelengkap kepada undang-undang utama, Majlis turut menggubal dan melaksanakan Undang-undang Kecil bagi mengawal selia aspek tertentu dalam pentadbiran dan kehidupan masyarakat setempat.

Senarai Undang-undang Kecil yang dikuatkuasakan:

-Anti Sampah-Sarap (2010)

-Penjaja (2010)

-Pasar (2010)

-Pengiklanan (2010)

-Tamu (2010)

-Tempat Letak Kereta (2010)

-Hotel dan Rumah Tumpangan (2010)

-Perdagangan Mengganggu (2010)

-Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (2010)

-Perniagaan Skrap (2010)

-Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (2014)

-Pengasingan dan Pelupusan Sisa Pepejal (2016)

-Bangunan (2022)

-Pertubuhan Makanan Seragam (Standard Food Establishment) (2022)

-Lesen Penggunaan Premis untuk Perdagangan, Industri dan Profesion (2022)

-Bangunan Seragam (2023)

-Kerja Tanah (2023)

Pematuhan kepada semua undang-undang ini adalah penting bagi memastikan pembangunan yang mampan, bersih, tersusun dan selamat untuk kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Putatan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dirujuk ke Pejabat Majlis atau melalui laman web rasmi MDPTN.