KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN KE LAMAN WEB MAJLIS DAERAH PUTATAN




Objektif Majlis Daerah Putatan


Penubuhan Majlis Daerah Putatan adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Sabah untuk memperkasakan tadbir urus tempatan yang cekap, berwibawa dan mesra rakyat. Objektif utama penubuhan Majlis ini adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan satu pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan berkeupayaan, dengan keupayaan mentadbir daerah secara tersusun, telus dan bertanggungjawab.

2. Membangunkan Daerah Putatan secara terancang, moden dan mampan, melalui pelaksanaan dasar dan perancangan pembangunan yang menyeluruh meliputi aspek fizikal, ekonomi dan sosial.

3. Menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada penduduk, khususnya di kawasan perkadaran Majlis seperti:
-Perkhidmatan kutipan sisa pepejal (sampah)
-Pemotongan rumput
-Pembersihan parit
-Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan
-Pengurusan loji dan saluran najis

Semua perkhidmatan ini dibiayai melalui kutipan cukai pintu dan hasil tempatan bagi menampung perbelanjaan pengurusan pentadbiran Majlis.

4. Mewujudkan persekitaran bandar yang indah, bersih dan sejahtera, menerusi penyusunan landskap yang teratur serta penjagaan kebersihan awam yang berterusan.

5. Memberikan perkhidmatan kepada kawasan luar perkadaran Majlis, termasuk penyelenggaraan kebersihan, lampu jalan dan jalan raya di kawasan luar bandar, agar manfaat pembangunan turut dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.